PENGENALAN
Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Lahad Datu bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Lahad Datu dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan menganjurkan Sabah One Stop Crisis Center (OSCC) Conference 2019 pada 9 dan 10hb April 2019. Program ini merupakan usahasama pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan badan swasta untuk semua warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Sabah.
Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kefahaman, ilmu pengetahuan serta kemahiran kakitangan kesihatan dalam menangani pelbagai isu berkaitan One Stop Crisis Centre. Selain daripada itu, diharapkan melalui penganjurannya di Daerah Lahad Datu, ini dapat mengeratkan silaturahim dan mengetengahkan keunikan Daerah Lahad Datu kepada warga yang bekerja di kawasan lain.
OBJEKTIF
Tahun kebelakangan ini, statistik Malaysia menunjukkan peningkatan bilangan kes membabitkan keganasan rumah tangga, rogol, liwat dan penderaan kanak –kanak. Tanpa diragui lagi, kes kes sebegini memberikan impak yang cukup besar kepada emosi dan fizikal mangsa terlibat. Justeru, kakitangan kesihatan sewajarnya diberikan latihan dan pendedahan bagi memastikan khidmat dan bantuan terbaik diberikan kepada mangsa.
Adalah diharapkan,
1. Melahirkan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai kompetensi dan keyakinan yang tinggi berdasarkan kepada ilmu yang mantap.
2. Menyeragamkan perkhidmatan dan carta aliran dalam menangani kes kes OSCC di peringkat Borneo
3. Memberikan lebih pendedahan kepada semua agensi agensi seperti Jabatan Kebajikan , Polis Diraja Malaysia , Jabatan Forensik , Jabatan Kecemasan & Trauma , Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Perubatan Kanak Kanak, Jabatan Psikiatri serta badan bukan kerajaan dalam membantu kes kes OSCC.
4. Melahirkan warga kerja yang empati , mempunyai jati diri dan soft skill semasa menangani mangsa yang terlibat dalam kes kes OSCC.
5. Melindungi Chain of Evidence dalam mengendalikan semua bukti bukti yang penting dan cara pengambilan sampel yang tepat dan seperti yang termaktub di dalam undang undang Malaysia
6. Menyediakan platform untuk warga kerja kesihatan, semua hospital dan klinik kesihatan membincangkan kes kes atau isu isu berbangkit bersama pakar dari semua bidang.
7. Untuk memberikan peserta peluang untuk melahirkan bakat terpendam mereka dalam Pertandingan Poster Kesedaran OSCC dan sekaligus meningkatkan tahap penglibatan mereka di dalam One Stop Crisis Centre.
STRUKTUR KURSUS
Program ini akan diadakan selama dua hari dan merupakan kursus tahunan. Kumpulan sasaran kursus ini ialah semua aras warga kerja; Pakar, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat di setiap jabatan terlibat termasuklah Jabatan Kecemasan & Trauma, Jabatan Forensik, Jabatan Perubatan Kanak Kanak, Jabatan Obstetrik & Ginekologi , Jabatan Psikiatri dan juga klinik klinik kesihatan berhampiran.
Hari pertama kursus didedikasikan untuk menangani isu isu klinikal berkaitan OSCC. Slot praktikal juga diwujudkan untuk meberikan pendedahan lebih dekat kepada peserta tentang pengendalian kes serta pengumpulan dan pengurusan bahan bukti berkaitan kes OSCC.
Hari kedua dikhususkan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan serta penglibatan agensi agensi kerajaan dan badan swasta dalam menyalurkan bantuan dan rehabilitasi mangsa. Slot istimewa turut diketengahkan melalui sesi bual bicara bersama mangsa yang mempunyai pengalaman sebenar dalam kes keganasan rumah tangga.
PENUTUP
Melalui penganjuran nya, Sabah One Stop Crisis Centre Conference 2019,yang bertemakan “From Opression to Liberation” diharapkan dapat menyaksikan penglibatan semua pihak dari semua fasiliti kesihatan di Sabah termasuklah paramedik, pegawai perubatan, perubatan siswazah dan pakar dari pelbagai bidang. Diharapkan juga program ini mampu mengengembangkan dan memantapkan lagi pengurusan OSCC di Sabah seterusnya memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah.
YANG MELAKSANAKAN AMANAH.
(Dr Elmizah Pasi)
Pegawai Perubatan UD48
Jabatan Kecemasan & Trauma
Hospital Lahad Datu
(Dr Muhazan Bin Mazlan)
Pakar Kecemasan UD52 dan Ketua Jabatan;
Jabatan Kecemasan & Trauma,
Hospital Lahad Datu
No comments:
Post a Comment